Tuesday, March 29, 2011

Taklimat Peperiksaan

TAHU KAH ANDA?????????


TAKLIMAT PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER SESI DISEMBER 2010

DIMAKLUMKAN TAKLIMAT PEPERIKSAAN AKAN DIJALANKAN SEPERTI BERIKUT:



JKA pasa 28 MAC 2011 jam 4.15 PETANG bertempat di DSU

JKE pada 29 MAC 2011 jam 4.15 PETANG bertempat di DSU

JP & JPH pada 30 MAC 2011 jam 4.15 PETANG bertempat di DSU

JTMK PADA 31 MAC 2011 jam 4.15 PETANG bertempat di DSU

Taklimat akan bermula jam 4.15 Petang bertempat d DSU, Pelajar hanya perlu rujuk jadual untuk tarikh Taklimat akan dijalankan. SEMUA PELAJAR DIWAJIBKAN MENGHADIRI TAKLIMAT BERKENAAN. SEKIAN

Permohonan Asrama

PERHATIAN!!!
Nak tanya nie,Dah isi ker BORANG PERMOHONAN ASRAMA??
belom??cepat isi...Tarikh tutup pada 14 APRIL nie.
Jangan nak berlengah lagi yer kawan2,Saya pun tinggal nak hantar borang kat pejabat ASRAMA je lagi,tapi nak hantar tu je pun malas nye yang TERAMAT lah sangat.Doa2 kan lah saya hantar borang tu hari nie jugak!

TAW kan kat mane nak isi borang tu?
borang tu perlu di isi secara online taw..
silalah pergi ke Laman Web http://jtmk2.psis.edu.my/kamsis
permohonan bermula dari 14 Mac- 14 April.


TERMA & SYARAT :

Kriteria LAYAK memohon adalah seperti berikut:
Semua pelajar Kamsis layak memohon kecuali :
Pelajar yang mempunyai kesalahan berat atau mempunyai 20 mata demerit dan keatas.
Pelajar yang tinggal di Kamsis melalui proses rayuan
Kriteria TIDAK LAYAK memohon adalah seperti berikut:
Pelajar yang menjalani latihan industi (semester 4 diploma) dan ke atas
Jika pelajar layak memohon tetapi pada paparan online tersebut menyatakan pelajar tidak mendaftar, pelajar hendaklah memaklumkan kepada mana – mana warden untuk urusan permohonan tersebut.


TARIKH – TARIKH PENTING
14 Mac 2011 – permohonan di buka
14 April 2011 – permohonan di tutup
Awal Mei 2011 – keputusan permohonan yang layak akan di maklumkan

Jadual Final EXAM

Horeeyyy. Jadual dah dapat,so masing-masing dah taw bila
ade paper dan bile tak de paper,untuk DSK 1 sesi Disember
Final paper kitorang pada tanggal 20 & 21 April 2011,bersamaan hari rabu juga khamis.
Maklumat Jadual saya rujuk di Laman Web Rasmi Politeknik Sultan Idris Shah iaitu http://www.psis.edu.my/ tadaaa,kat situ semua maklumat boleh didapati,tapi hanya untuk student-student Psis sahaja kut. Untuk Jadual Anda semua boleh review pic di bawah :






SEKIAN itu saja untuk ENTRY nie :)
GOOD LUCK 4 ALL!!!

Monday, March 28, 2011

Konvokesyen Psis

Hari ini student2 DSK masih ade class,
minggu lepas start from hari RABU student DSK 1(B)
sudah pun pulang kerumah hingga hari isnin.Selase ade class lagi,
Habis minggu nie hari Jumaat semua dah boleh pulang!!untuk seminggu.
18 April Final Exam sudah start!Amazing kan?wish most of luck for All
students.Mengerikan pon ade juga coz nie FIRST EXAM untuk kami semua setelah 1 sem bertapa mununtut ilmu di Politeknik Sultan Idris Shah nie (psis).

Untuk 2 hari yang lepaspunya cerita,Politeknik Sultan Idris Shah (psis)
ade KONVOKESYEN KE-6 (betul ke ejaan saye?) juga PESTA KONVOKESYEN.So TAHNIAH pade senior2 yang dah GRAD tu!!teruja rasanya kan???Kami bile pula??Insyaallah satu masa nanti(5 sem lagi).Dengar kata Majlis Konvo berjalan dengan lancar,pesta Konvo juga mendapat sambutan orang ramai!ramai sangat orang datang,bukan datang untuk KONVO,tapi
untuk menapak kat KARNIVAL tuh,,macam2 ade,orang jual itu,jual ini,ish2.

Hari ahad pula dengar cite ade autoshow.Macam2 colour ade,jenis,juga corak,fuhhhh pening pale tengok,ade mickey mouse lah,,brucee lee lah.SANTEK2 semuanye.sila-sila lah enjoy kereta2 di bawah nie :)


















Saturday, March 19, 2011

28 Nov 2010,
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH.

Tarikh yang menjadi satu perkenalan pade kami,
perkenalan dengan sahabat baru,kawan dan teman baru,
tak lupa juga dengan course baru DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN(DSK).
Diploma sains Kesetiausahaan dibawah pentadbiran JABATAN PERDAGANGAN
Kami adalah student DSK Sesi Disember 2010.Sesi ini class di bahagi kepada 3,
mungkin kerana terlalu ramai.


Sesi disember dimulakan dengan Orentasi/Minggu Suai kenal (MSK) yang menarik.
Selesai seminggu berSuai Kenal,class dimulakan.Untuk sem (1) DSK psis ade 7 subjek,
tapi hanya dua subjek yang ada FINAL EXAM,walaupun hanya dua tapi semuanya tak semudah
yang anda fikirkan.Dua subjek tu adalah subjek MICROECONOMICS dan OFFICE MANAGMENT,gempak kan?
subjek yang lain adalah PK103 KEY BOARDING SKILL, PK101 OFFICE SUITE SOFTWEAR , AE101 ENGLISH COMMUNICATION, AR101 COCOCURIKLUM, AA101 Agama Islam.

PK103 KEY BOARDING SKILL,mungkin satu-satunya subjek yang paling tak digemari plajar sem 1.
sebab ape??PK103 merapatkan hubungan kita dengan key board, kenapa? Sebab PK103 meminta student-student menghafal semua abjad dan huruf juga simbol-simbol.PK103 meminta student menaip dengan pantas dengan menggunakan JARI yang betul dan tepat.Setiap abjad,huruf dan simbol ada jari-jari nya.Jari tidak boleh diangkat sama sekali ketika menaip!!speed anda juga dikira.Untuk PK103 pembelajaran menggunakan BUKU yang sangat BERAT berharga RM90.00,dan mengandungi beratus-ratus helaian muka surat di dalamnya tapi juga beratus-ratus ILMU yang kita terima.Tak gitu??

PK101 OFFICE SIUTE SOFTWEAR,subjek ni plak mengajar para student DSK mengenal dan mengetahui macam mana jadi seorang SECRETARY.Untuk PK101 ade 3 topic yang kami blajar,iaitu Misrosoft Word,Microsoft Excel,dan Microsoft Power Point.PK101 juga mengajar student mengendalikan sesebuah majlis,memfail surat,menaip report juga membuat presentation. Itu semua adalah apa yang berlaku di setiap OFFICE kan??.

PK102 OFFICE MANAGMENT,salah satu subjek sem (1) yang ada FINAL EXAM.PK102 nie bukunye kecik jerp,buku di import dari INDIA.Sebenarnya PK102 tidaklah serumit Micro,tapi PK102 ade juga cabarannya,dimana student harus menghafal dan mengingati topic-topic yang diajar oleh Lecturer.
Buku yang digunakan Berharga RM26.00 Sahaja,walaupun tak lah mahal mana tapi isi-isi di dalam buku ni lebih Mahal dari harga bukunya,Buku nie sangat padat dengan segala tulisan (nota).
Cara penulisan ayat memang diakui susah untuk difahami oleh student,oleh itu student HARUS memberi lebih perhatian ketika Lecturer anda mengajar di depan!.

AA 101 PENDIDIKAN AGAMA ISLAM, sama macam sekolah-sekolah menengah,masih belajar tentang agama,itu adalah KEWAJIPAN umat Islam.Betol tal?.Subjek ni tak de FINAL EXAM,tapi ade Final Test untuk markah Penilaian Berterusan (PB).Yang ni bukunye tebal jugak,ada 2 buku, iaitu INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT RM48.00 dan MODUL RM15.00.Selain itu AA101 menilai PB dari markah FARDU AIN student.

AE101 ENGLISH COMMUNICATION, salah satu subjek yang buat student belit lidah,memerlukan speaking nie!.Kalau memerlukan PRESENTATION pergghhhh compem trabor ayat.

Last subjek is PB102 iaitu MICROECONOMICS,sebenarnya subjek nie tak lah sesusah mana...cuma memerlukan student faham formula and curve sahaja,subjek nie HARUS diberi sepenuh perhatian TAW!!kalau tetinggal/lalai sekejap je pun susah nak kejar balik nanti.Hayot!.

Friday, March 18, 2011

Apa itu Kesetiausahaan?





KESETIAUSAHAAN

Salah satu jawatan yang popular dan sering diiklankan oleh syarikat-syarikat swasta ialah jawatan setiausaha. Hal ini menunjukkan jawatan setiausaha mempunyai potensi dan menyediakan peluang pekerjaan yang banyak di pasaran kepada lulusan di bidang ini.
Tugas seorang setiausaha amat penting di dalam operasi sesebuah pejabat, syarikat
atau organisasi. Seorang pengurus di atau ketua memerlukan setiausaha yang cekap
dalam urusan ini. Tanpa setiausaha tugas seorang pengurus menjadi rumit terutama dalam
melayani panggilan daripada pelanggan, mengatur temu janji, urusan surat-menyurat,
mengatur mesyuarat dan segala urusan rasmi melibatkan pejabat. Dengan kata lain
seorang setiausaha perlu me¬lakukan dan menyelesaikan banyak perkara supaya dapat
memudahkan urusan rasmi ketuanya.
Maka tidak hairanlah, bidang kerjaya ini semakin diperlukan sama ada di sektor
awam apatah lagi di sektor swasta yang menawarkan pekerjaan yang begitu luas.
Kebanyakan daripada kita tahu dan pernah mendengar tentang setiausaha tetapi
mungkin tidak mengetahui bidang tugasnya. Pada kebiasaannya, seorang setiausaha akan
mengendalikan semua fungsi-fungsi kesetiausahaan termasuk kerja-kerja menaip,
memfail dokumen, menyemak surat-menyurat, mengendali panggilan telefon, mengatur
mesyuarat serta menyambut tetamu ketuanya.
Oleh kerana sentiasa berurusan dengan pihak luar khususnya para pelanggan syarikat
atau organisasi, seorang setiausaha perlu memiliki perwatakan menarik serta hendaklah
memiliki kemahiran berkomunikasi dan menulis yang baik dalam bahasa Melayu dan
Inggeris.
Beliau juga berupaya mengendalikan kerja di bawah pengawasan yang minimum, di
samping mempunyai kemahiran menaip dan trengkas. Di dalam era teknologi
maklumat dewasa mi, memiliki kemahiran dan pengetahuan dalam mengendalikan
komputer peribadi adalah satu kelebihan.
Pekerjaan ini menawarkan gaji yang menarik di samping dan beberapa imbuhan lain
yang diberikan kepada individu itu asaran khususnya oleh majikan di sektor swasta.
Mereka yang mem¬punyai pengalaman akan ditawarkan gaji yang lebih lumayan.
Sementara itu, pengalaman akademik dan praktikal akan diperoleh semasa seseorang itu
melanjutkan pengajian di institusi pengajian yang menawarkan program ini. Semasa
pengajian, pelajar bidang kesetiausahaan akan didedahkan dengan kursus-kursus seperti
kesetiausahaan bahasa Inggeris, bahasa Melayu perdagangan dan teijemahan, me¬naip,
pengenalan perniagaan, pengenalan trengkas, peraturan pejabat dan amali pejabat.

CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN
(i) Meminati profesion ini
(ii) Memiliki personaliti yang menarik
(iii) Mahir berkomunikasi
(iv) Mampu mengendalikan komputer
(v) Mempunyai kemahiran menaip dan trengkas





SYARAT UNTUK MENCEBURI BIDANG INI

Untuk menceburi bidang kesetiausahaan ini, seseorang harus memiliki sijil atau diploma
dalam bidang kesetiausahaan atau yang setaraf dengannya yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi tempatan atau kolej-kolej swasta.

TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN

Institusi pengajian tinggi tempatan yang menawarkan program ini ialah Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan beberapa politeknik tempatan iaitu Diploma Sains Kesetia-usahaan dan Diploma Kesetiausahaan Eksekutif, sementara beberapa kolej swasta di negara ini pula menawarkan di peringkat sijil dan diploma.


SYARAT DIPERLUKAN UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN

Bagi Diploma Sains Kesetiausahaan pelajar harus lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/SPMV serta mendapat kepujian dalam mata pelajaran bahasa Melayu,
Inggeris serta beberapa mata pelajaran lain. Tempoh pengajian ialah dua tahun.
Manakala Diploma Kesetiausahaan Eksekutif memerlukan calon lulus SPM/SPMV
dengan mendapat kepujian bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan tiga kepujian lain serta
lulus matematik.